DAH LEBIH
SEBULAN Zack kembali
bersekolah di SMART. Lebih sebulan juga dia tahan mulut daripada menyuruh Zack
jadi seperti Zack yang dulu. Acai mengeluh. Tak tahu nak mengadu pada siapa
tentang rasa yang beraja dalam hatinya ketika ini. Sesak lagi menyesakkan.
Perubahan Zack buat kepala rasa serabut yang amat. ‘Kenapa kau muncul dan buat
aku sakit kepala Zack?’ Otak tak habis bertanya soalan sama. Pening.. Keliru..
Laman
web yang terpampang di hadapan mata direnung kosong. Siang tadi, dapat mesej daripada
Zack. Mesej pendek yang buat tangannya tergerak untuk buka laman web yang
menambahkan kepeningan di kepala.
+
Assalam. Cuba buka laman web gainpeace.com. Ada tenang yang kau boleh jumpa. :)
Dan
motif dia buka laman web ni hanyalah untuk cari ‘tenang’ yang Zack maksudkan
tu. Tapi, apabila ‘tenang’ versi Zack dan ‘tenang’ versi dia dah jauh berbeza
macam langit dan bumi, dia hanya mampu nganga depan laptop tanpa buat apa-apa.
Betullah Zack dah berubah. Sangat obvious
rasanya bilamana tenang yang dulunya dicari dengan dengar lagu-lagu Avenged Sevenfold kini bertukar dengan
baca bahan-bahan bacaan yang berunsurkan keagamaan yang tak pernah terfikir pun
di benaknya.
Setelah
beberapa lama berteleku di hadapan laptop, tangan dibawa memegang tetikus untuk
menekan tanda pangkah di belah kanan laman. Sorry
kawan, I’m not ready for this stuff yet.
***
Buku
Success Biology dibelek sepantas
mungkin. Mata cepat menangkap setiap baris ayat yang tertulis. Tajuk bab 3
tingkatan lima ni sungguh buat dia rasa macam nak berguling. Rajin? Tak.. Dia
bukanlah rajin sangat nak study.
Tapi, dalam masa beberapa minit sahaja lagi, akan ada ujian tentang tajuk ini.
Sesiapa yang dapat markah bawah daripada 40 dari 50 soalan harus stayback di sekolah petang ni, kata
cikgu. Namun, perkataan harus tu dah rasa macam satu kewajipan bilamana ia
ditutur oleh Cikgu Zaidah semalam, cikgu paling tegas dalam sekolah.
Pap!
Mejanya ditepuk kuat. Kepala diangkat. “Kenapa?” Soalan ditanya kepada Zack.
Kepala kembali menekur buku.
Zack
geleng kepala. “Kalutlah kau Cai. Kalaulah ujian Pendidikan Islam pun at least kau baca macam ni.” Ni tak.
Sahkan study last minute, pegang pun
tidak buku tu.
Gerakan
tangan dah tak selaju tadi. Kepala terasa makin susah pulak nak mencerna
ayat-ayat yang tertera di dada buku. Dada rasa berbuku. “If you have nothing better to say, you better stay quiet.” Acai
keluar aura nak mengamuk. Bibir diketap. Geram bila Zack macam keluar aura nak
cari pasal. Padahal sebelum ni, sekasar mana pun bahasa yang diguna, takde pula
dia rasa nak benam Zack bawah tanah. Tapi, bila ayat macam tadi ditutur, serious rasa nak mengamuk. Mungkin sebab
dia rasa Zack dah lain, jadi pembawaannya dengan gurauan Zack juga jadi lain.
Kening
terangkat sebelah. Sentap pulak budak ni.. Dulu okay je bedal cakap macam mana sekalipun. “Aku gurau jelah Cai.”
Kerusi di depan Acai ditarik keluar dari bawah meja, lalu duduknya dilabuhkan.
‘He’s kidding. Yang kau nak sentap kenapa
Acai oii?’ Rasa bersalah sebab dah marah Zack tadi dibiar. Muka diangkat pantas
dari buku bilamana ayat kedua Zack kedengaran.
“Cikgu
Zaidah tak datang harini. Anak dia sakit.”
“Kau
serious? No test for today?” Oksigen dah rasa kembali memenuhi ruang
jantung.
Zack
angguk. “Serious jugak aku nampak
mata kau bersinar-sinar macam baru menang award
sekarang ni.”
Acai
cebik. “Whatever.” Badan disandar
lega pada kerusi.
“Baca
tak webpage aku kasi?”
Badan
automatik kaku. Nak jawab apa? Agak-agak Zack terasa ke tidak kalau dia jawab
tak? “Erm, tak.” Wajah Zack yang nampak hampa dipandang. “Aku tak sedia untuk
baca benda-benda yang aku tak mampu cerna.” Jujur.
Angguk.
“Faham. Bukan salah kau kalau kau rasa benda tu berat. Aku pun sama kot dulu..”
Sebuah buku disua ke arah Acai. “Ni boleh tolong kau kot.”
Huluran
bersambut. Buku apa ni? “I’ll.. try?”
Angguk
lagi. “Take your time.” Aku doakan
kau, kawan.
Dan
buku yang bersambut dari tangan Zack tadi terus dimasukkan ke dalam beg.
***
Hari
Ahad macam ni memang guna untuk rehat sepenuhnya. Jumaat malam sampailah ke
Sabtu malam dah guna sepenuhnya untuk buat kerja sekolah. Harini jelah pun
kalau nak duduk tak buat apa-apa. Kak Laila tengah memasak. Abang, masih dalam
bilik tak keluar-keluar walaupun dah nak dekat pukul 12 tengahari sekarang ni.
Duduk
dilabuhkan di atas sofa di ruang tamu. Masa rehat yang tak tahu nak digunakan
untuk apa. Tiba-tiba teringat buku yang Zack beri beberapa hari lalu. Kaki
menapak ke bilik di tingkat atas. Beg sekolah diselongkar. Mencari buku yang
tak sempat diteliti pun masa ambik dari tangan Zack haritu.
Acai
turun ke ruang tamu di tingkat bawah semula dan kembali duduk di sofa tadi.
Buku di tangan ditelek. Contengan Jalanan. Hmm, cerita pasal budak-budak
jalanan Zack kasi aku? Ingatkan buku jenis agama. Pelik.. Namun, bila ayat di
bahagian bawah dibaca, persepsi tadi hilang terus. ‘Contengan pengalaman
perjalanan cari Tuhan..’ ‘So, Acai.. Kau nak baca ke tak?’ ‘Should I try? I promised Zack that I’ll try.’
Fikiran bertelingkah sebelum dia ambil keputusan untuk cuba baca buku di
tangan..
Tak
sedar masa berjalan pantas. Dah banyak bab dia baca. Buku ni.. agak menarik.
Tak susah nak faham apa yang nak disampaikan. Hati mula terasa dijentik satu
rasa yang tak tahu nak diklasifikasikan sebagai apa.
“Hai
dik, baca apa?”
Suara
Kimi kedengaran dalam dia duk ralit membaca. Buku ditutup selepas muka surat
terakhir yang dibaca ditanda. “Ni.” Cover
depan di tunjuk kepada Kimi yang dah ambik tempat di sofa bertentangan.
Kimi
kerut dahi. “Buku lorong gelap ke nih?”
Acai
geleng. “Baca sampai habislah tulisan dekat cover
ni.”
Dan
kerut di dahi Kimi makin jelas ketara..
Malamnya, pembacaan disambung. Reaksi abang siang
tadi priceless betul. Ada ke dia
tanya aku ni siapa.. Dengan muka cuak habisnya lagi. Abang mesti ingat adik dia
kena sampuk punyalah.. Acai senyum. Pembacaan diteruskan. Dan cerita tentang
Fend dan (K
Square) berjaya dihabiskan..
Contengan Jalanan ditutup dan diletak di atas meja
belajar. Dah lewat malam tapi mata masih tak mengantuk. Terasa sedikit insaf
bila baca buku tu. Tak pasti adakah rasa yang datang ni disebabkan memang
sungguh-sungguh atau sebab keheningan kerana waktu yang dah nak menginjak pagi
buat hati turut sama tenang.
Otak dikerah berfikir apa yang nak dilakukan sekarang.
Nak tidur, rasa macam tak boleh. Tekad. Kaki dihala ke bilik air. Biasan
wajahnya di hadapan cermin ditatap. Mata melihat rambut yang mengurai. Separuh
rambutnya di bahagian bawah masih ada sedikit warna. Gunting yang memang ada di
dalam bilik air tersebut diambil. Mata terpejam dan nafas dihela. Tangan mula
berkerja. Memotong bahagian yang berwarna.
Selesai satu kerja. Kaki cepat berjalan keluar
semula dari bilik air. Tablet dicapai
dan cara-cara mandi wajib digoogle.
Sungguh dia tak ingat apa-apa. Acai masih keliru sebenarnya dengan apa yang dia
sedang lakukan. Tapi hati seakan-akan mendesak-desak supaya dia teruskan apa
yang sedang dilaksana.
Dan bilamana niat berwuduk bergema dalam hati, dia
jadi yakin bahawasanya rasa ini datang sebagai permulaan baru untuk hari-hari
seterusnya.
Keesokan paginya, Acai bangun agak awal dari biasa.
Selesai mandi, solat Subuh ditunaikan. Rasa nak menangis ditahan-tahan ketika
tangan ditadah memohon doa. Hening dan tenang yang dirasai ketika selesai solat
sunat Taubat semalam kembali menyapa. Muka diraup sebelum telekung sembahyang
dan sejadah dilipat. Telekung dan sejadah daripada Tok Wan yang dah lama
bersimpan di dalam almari yang mula diguna kembali semalam.
Kemudiannya, almari diselongkar. Mencari tudung yang
kot-kot ada tersesat kat dalam. Dan betullah bila kita nak berubah, Allah pasti
permudahkan. Tudung yang tak tahu dari zaman bila dengan tag nama yang dah siap
berjahit dijumpai di celah-celah helaian baby
tee yang bermacam warna.
Selesai bersiap, dia turun untuk bersarapan. “Morning abang.” Kimi yang dah siap di
meja makan disapa.
Kimi hanya memandang ke arahnya sebentar sebelum
kembali menjamah makanan.
Acai menghembus nafas perlahan. Cabaran baru yang
bermula dari hari ini dimulakan dengan di’alienated’kan
oleh abang.. Bersabarlah wahai hati.. Mana ada orang boleh jadi baik kalau tak
usaha. Duduk dilabuhkan disebelah Kimi. “Abang..” Badan dikalih memandang
abangnya. “Marah ke?” Suara Acai berbaur sedih. Rasa sensitif terlebihlah pulak
pagi ni.
“Why should I?”
Suara Kimi dingin beku.
Air mata yang dah tak dapat ditahan mengalir juga
akhirnya. Kepala tertunduk merenung jari. “Adik nak berubah. And I need someone to support me in this
situation.” Jari menyapu air mata di pipi. “Kalau abang yang satu-satunya
adik ada ignore adik, macam mana adik
nak go through jalan yang baru adik
jumpa ni?”
Kimi kalih pandang Acai. “What changed you?” Kimi mendengus. Kesian tengok air mata yang
mengalir di pipi adiknya, tapi tak mampu nak tahan rasa marah dengan perubahan
mendadak sebegitu. “Abang tak mampu nak benci adik sendiri. Tapi abang lagi tak
mampu nak faham kau yang semalam masih normal tapi harini tiba-tiba bertutup
kepala.”
Allah.. Acai pegang dada. Soalan dari bibir abang
seakan sama dengan apa yang dia tanya kepada Zack. Tapi, bukan itu yang
menyentak tangkai hati. Perkataan ‘kau’ dari mulut abang yang buat dia rasa dia
mungkin tak gagah untuk terus berdiri. Hanya sebab tudung yang dia sarung, title dia sebagai adik dah hilang macam
tu je ke? Allah.. Kuatkan aku yang baru nak mula bertatih ni.. Kata-kata abang
dibiar tak berjawab. Akhirnya, ruangan di meja makan itu hanya diisi sepi.
Sampai
sahaja di sekolah, Acai terus menuju ke kelas. Nafas ditarik sebelum kaki
melangkah ke dalam kelas. Bismillahirrahmanirrahim..
Dan
seperti yang dijangka. Hampir seisi kelas ternganga tengok dia. Pandangan dan
bisik-bisik yang kedengaran dibuat tak endah. Acai duduk di tempatnya dan mula
membuka buku. Habit tidur setiap kali
masuk kelas tu rasanya wajib dihentikan dah kalau betul niatnya sungguh-sungguh
nak berubah..
***
“Drastik sangat ke perubahan
aku?”Soalan ditanya kepada Zack ketika waktu rehat siang tadi.
Zack senyum. “Kau tahu ke bila kau
nak mati?”
Acai kerut dahi. Tak menjawab soalan
langsung! “Tak. Apa kaitannya dengan perubahan aku?”
“Tiada yang drastik pun Cai, sebab
mati pun datangnya tak tahu bila. Katakan kau mati tapi tak sempat taubat, tak
ke sia-sia hidup selama ni?”
Oh. Faham. Acai angguk. Quote dari
Contengan Jalanan bergema dalam kepala. A man who decided to change on the 12th
hour, died on the 11th. Dan aku pastinya taknak jadi macam tu. Dia
pandang Zack. “Thanks.”
Senyum. “Apa guna kawan kalau tak
tolong kawan kan?”
Pagi esoknya, hubungan Acai dan Kimi masih seperti
semalam. Tak bertegur sapa. Dan bila ke sekolah pula, soksek soksek umpatan
masih juga terdengar di telinga.
“Dah nak mati ke perempuan tu?”
“Agaknya dia nak pikat Daniel kot..”
“Hipokrit nak mampus!”
“Macam tak boleh percaya je budak ni. Semalam rambut
karat, harini kepala bertutup.”
Sabar dikumpul dalam dada. Manusia is like this. Bila dah tak suka, semua
benda nampak teruk. Dan aku, perlu kekal menghadap semua benda ni tanpa sesiapa
yang nak jadi pemberi semangat! Huh, bertahan Acai!
“Apa yang sampai mata terpejam-pejam nih?”
Zack menegur ketika dia sedang menahan rasa geram.
Zack. Haah, Zack kan ada. “Kau akan stay
dengan aku kan?” Soalan yang buat Zack berkerut kening ditanya. “Aku takut aku
tak kuat nak hadap semua benda ni sorang-sorang.” Jawapan diberi sebelum Zack
sempat bertanya.
“Kita kan kawan.” Zack jeda. “Pekakkan telinga kau
Cai. Mulut orang memang tak boleh tutup. Kot lah boleh sumbat dengan cork dekat makmal Bio tu, aku buat
dah..”
Acai gelak. “Haru lah kau!”
***
Esok
kertas terakhir untuk peperiksaan SPM. Dah nak habis sekolah rupanya aku. Acai
berfikir sendiri. Tak sangka pejam celik, pejam celik, masa dah terlalu pantas
berjalan. Banyak benda yang dah dilalui sepanjang sesi persekolahan tahun ini.
Hubungan dengan abang dah semakin baik sejak beberapa minggu lalu. Rupanya,
selama abang tak bercakap dengan dia, abang bukan tak bercakap saja-saja. Abang
juga mencari sinar sama yang dia jumpa. Abang juga terkeliru antara dua pilihan
sama yang menyesakkan dada untuk memilihnya. Abang juga macam dia. Jadi musafir
dalam pencarian sinar agama.
Ada
sedikit terkilan sebab abang tak bagitahu dia tentang apa yang abang tempuh.
Sekurang-kurangnya dia ada Zack yang nak nasihat kalau ada apa-apa yang keliru
pun. Tapi abang? Sorang-sorang berlawan dengan rasa sukar untuk berubah.
Kawan-kawan yang dulunya selalu bersama pun, ramai yang tarik diri bila abang
dah mula tarik kaki dari habit-habit
lama yang tak bawa faedah. Kata abang, “abang kan abang. Sepatutnya abang yang
tolong adik masa adik rasa tak kuat dulu. Tapi abang hanya jadi abang yang useless, yang tak mampu nak tolong adik
bila adik bergelut dengan rasa yang abang baru tahu betapa perit nak
menghadapinya.”
Acai
hanya senyum bila abangnya keluar ayat macam tu. “Bukan salah abang. Sekarang,
kita dah boleh change to good
sama-sama kan?”
Kimi
mengangguk sambil senyum. “Sure do.”
Sejak
dari hari itu, dia berusaha bersama dengan Kimi. Tak dilupa, Zack dan Kak Laila
yang banyak membantu. Siapa sangka Kak Laila yang nasihatkan Kimi bila dia
terdengar Acai dimarahi ketika mula-mula berubah dulu.
Memang
tak disangka juga, hidup yang dulu boleh buat apa saja, redah ikut suka
bertukar 180 darjah. Totally the opposite
daripada gaya hidup dulu. Cabaran seterusnya yang bakal dihadapi mereka ialah..
Mama dan daddy yang mungkin oppose
atau mungkin jugak terima dengan hati terbuka perubahan ini. It doesn’t matter. Kerana mereka boleh
bergantung kepada satu sama lain untuk tempuh ujian seterusnya.
Bila kaki dijejak keluar dari SMART keesokan harinya,
dia dah mula rindu segalanya. Kerana SMART tempat dia jumpa Zack yang bantu dia
kenal tuhan. Sekolah tempat dia membesar dan menyaksikan penat lelah usahanya
berbayar. Tempat segala memori dilakar.. Dan dia yakin, dia pasti rindu
segalanya.
Dia
berpusing memandang pagar sekolah sebelum menuju ke arah abang yang volunteer nak menghantar dan mengambil
pulang hari ini. Thanks for the memories.
Kata-kata itu bergema dalam kepala.
THE END…
p/s This is the end for Fighter. Sorry for the drastically change of Acai. Sorry for any weakness and lacking in any part of the story. My pesanan, kalau ada walau seketika terjentik di hati untuk berubah ke arah yang lebih baik, go for it. Kerana itu namanya hidayah. Dan hidayah datangnya tak terduga dan perginya tak dijangka. Be a good muslim, people. Fighter mungkin juga sebahagian dari cerita aku, kau dan dia. ;)
Let's fight for ISLAM!
Aina Syamimi
Pelajar SMK Abdul Rahman Talib, Aliran Sains Tulen Agama
SPM 2013