
Benar, betapa perlunya kita mencintai Allah S.W.T. Tetapi adakah kita faham dan jelas sama ada kita telah pun mencintaiAllah S.W.T ataupun ‘ OTW ’ nak bercinta ataupun belum? Kalaupun sudah, maka apa buktinya kita mencintai AllahS.W.T ?
Jom! Kita check-list diri kita sejauh mana cinta kita padaNya.
1. Segera menyahut seruan daripada-Nya.
Bukti cinta, letakkanlah kekasih Agung sebagai prioriti. Letakkanlah keinginan kita sama dengan keinginan kekasih.Tatkala Allah s.w.t ingin berjumpa kita, tunjukkanlah kita juga ingin berjumpa denganNya.
Daripada Jundub bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAWbersabda, “Sesiapa yang bersolat subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian) Allah dengan itu janganlah sampai Allahmenuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan (perjanjian).(Jangan sampai kamu meninggalkan solat subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku),kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka”.
(Hadis Riwayat Muslim)
2. Memberi perhatian pada kalam dan pesanan daripadaAllah.
Suatu malam, Rasulullah s.a.w melalui rumah Abu Musa al-Asyari yang sedang membaca al-Quran dalam solat malam. Rasulullah s.a.w terus terpegun dan menangis. (riwayatBukhari dan Muslim)
Suatu saat Abu Musa al-Asyari datang kepada Umar. Umar lalu berkata: “ingatkan kami kepada tuhan kami”. Lalu al-Quran dibacakan sehingga Umar menangis.
Jika benar kita cintakan Allah, cintailah juga kalamNya. Biar Al-Quran menjadi perbualan harian dan mimpi malam kita.
3. Mengagumi dan teruja pada ciptaan Al-Khaliq

Lihatlah pesona alam yang mengijau, gumpalan awan yang memukau, gelora laut yang membiru dan kehidupan yang penuh ranjau. Semuanya membuktikan bahawa Allah s.w.t Yang Maha Agung, Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan Penyayang.
‘Maka apa lagi nikmat Allah yang ingin engkau dustakan’.
4. Malu-malu saat bercinta dengan-Nya.
Saat solat itu adalah saat kita bertemu dan berkhalwat denganAllah s.w.t. Jika benar kita cinta akan Allah s.w.t buktikan dengan menjaga pandangan ketika solat. Tatkala berdiri mesti berdiri dengan tegap, menundukkan kepala dan khusyuk ke tempat sujud.
Hakikatnya, Allah bukan shaja memandang kita ketika solat,bahkan setiap saat. Sama-samalah kita menjaga rasa malu pada-Nya sebagai bukti cinta akan-Nya.
5. Sentiasa menyebut-nyebut nama-Nya.
Tingkatan zikir menurut Ibn Qayyim al-Jawziyah
- Berzikir dengan lidah dan hati yang kedua-duanya merasai. Hati akan lebih lagi menikmati.
- Berzikir dengan lidah dan hati tetapi kedua-duanya tidakmerasai.
- Berzikir dengan hati sahaja, sekadar ingat bukan merasai.
- Berzikir lidah sahaja, hatinya lalai.
Sama ada zikir kita pada tingkat pertama ataupun keempat, Allah s.w.t tidak akan mensia-siakan setiap zikir hamba-Nya melainkan diberikan pahala. Begitulah Allah s.w.t menghargai setiap ingatan kita pada-Nya. Namun adakah kita juga menghargai Dia?
- Berzikir dengan lidah dan hati tetapi kedua-duanya tidakmerasai.
- Berzikir dengan hati sahaja, sekadar ingat bukan merasai.
- Berzikir lidah sahaja, hatinya lalai.
Sama ada zikir kita pada tingkat pertama ataupun keempat, Allah s.w.t tidak akan mensia-siakan setiap zikir hamba-Nya melainkan diberikan pahala. Begitulah Allah s.w.t menghargai setiap ingatan kita pada-Nya. Namun adakah kita juga menghargai Dia?
6. Bersabar dengan setiap ujian Allah
Lumrah orang bercinta pasti aka nada ujian. Ujian itu pasti bagi mengetahui sedalam mana cinta kita pada seseorang. Ingatlah, hari ini Allah s.w.t sengaja menguji kita untuk mengenali dan membuktikan siapa hamba-Nya yang lebih mencintai Dia.
7. Cemburu

Ya, cemburu dan cinta tidak dapat dipisahkan. Tanda cinta kepada Allah ialah kita akan cemburu apabila ada orang yang lebih mencintai Kekasih kita sehingga Kekasih kita juga lebih cinta kepadanya. Syukur, ia sebenarnya cemburu yang positif,bukan cemburu yang menjadi fitnah.
Cemburulah kepada orang yang lebih berilmu, ulama dan orang yang lebih beramal. Bukan sekadar cemburu tetapi berusaha untuk mencontohi mereka.
8. Perasaan Luar Biasa saat menjalinkan hubungan dengan Allah (khusyuk).
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud “ sungguh, orang yang beriman ialah apabila disebut nama Allah, akan gementar hati mereka, apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka kerana-Nya, dan hanya kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakkal”. (surah al-anfal 8:2)
9. Tiada istilah penat dalam meraih reda dan cinta Allah.
Bersungguhnya kita mencintai seseorang ialah apabila kita sanggup meneruskan perjuangan demi mencapai cintanya.Begitu juga, bukti kita mencintai Allah ialah apabila kita sanggup melakukan apa sahaja demi menggapai reda Allahs.w.t. Tiga keadaan pencinta menurut Ibn Qayyim al-Jawziyah iaitu:
- berat hati untuk mencintai, namun dia memaksakan diri
- cinta makin bertaut dan dia patuh
- cinta menetap di hati dan dia sanggup mengorbankan apa sahaja.
Persoalannya, dimanakah tahap cinta kita kepada Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim ? Walau apa pun tahap dan tingkatannya ayuh segera buktikan cinta kita kepada ALLAH S.W.T.
Jom islah diri!
Penulis : Muhammad Hafizuddin Bin Abu Bakar
Pelajar SMK Abdul Rahman Talib, Aliran Sains Tulen Agama
SPM 2013
No comments:
Post a Comment