Showing posts with label tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyah. Show all posts

Wednesday, April 9, 2014

[PERBINCANGAN] Adakah Islam itu mudah?




Buah Ketum di tepi pekan
Bersama pembela membawa nan kekwa
Assalammualaikum itu yang dimulakan,
Perbincangan bermula buat semua.

Assalammualaikum.

Kita acapkali mendengar kata-kata seperti "Islam itu Mudah". "Islam agama yang mudah diikuti dan dianuti." dan banyak lagi versi yang menunjukkan kemudahan dalam Islam. Tapi, sayangnya, perkataan 'mudah' itu seolah-olah menjadi satu "peluang" untuk mereka meruntuhkan tiang agama mereka sendiri sehingga disalagunakan oleh orang islam , yakni muslimin yang tidak bertanggungjawab. Apabila membuat dosa, mereka mula memberi alasan yang jelas sekali tidak munasabah ; "Islam itu kan mudah." "Islam ada rukhsah." . Dan Islam juga yang dipersalahkan.


Jadi, persoalannya kini, adakah Islam itu mudah untuk diadaptasi di dalam kehidupan?





Sahabat, benar. Islam itu mudah. Sesungguhnya Islam sememangnya agama yang mudah. Mudah diamal. Mudah dilaksanakan tanpa mengira waktu, tempat dan keadaan. TAPI!! DENGAN BERSYARAT. KENAPA ISLAM BOLEH MENJADI MUDAH. [akan dihuraikan selepas ini. usah terburu-buru]


Akan tetapi, perkataan mudah itu kian dipermainkan. Mempermainkan hukum-hakam Allah demi keinginan sendiri. Malah, ada juga yang mmpunyai pemikiran 'syadid' sehingga menampakkan islam itu kelihatan berat, sukar dan payah padahal ia mudah.


Benar..Islam itu mudah. Tapi mudahnya Islam bagi orang yang mempunyai ILMU PENGETAHUAN. sekali lagi dulang, Ilmu pengetahuan. Katakanlah, kita tukarkan ilmu agama kepada ilmu matematik. perumpaamaan yang paling senang. Sekiranya kamu ada ilmu soalan seperti 1+1 , kamu akan dapat jawab dengan MUDAH. namun, bagaimana bagi mereka yang tidak mempunyai ilmu matematik? barangkali 1+1 , mereka menganggap susah. Itu pentingnya ilmu bagi menampakkan semua sisi dalam Islam. Bukan sahaja sisi hadapan, malah belakang, tepi , atas dan juga bawah. 




Sebagai contoh yang paling mudah. Rukhsah yang telah Allah tetapkan, yakni bagi mereka yang tidak mampu solat secara berdiri, boleh duduk, jika tidak mampu duduk, boleh berbaring, jika tidak mampu berbaring,solat mengiring, jika tidak mampu mengiring, solat menggunakan isyarat mata, jika tidak mampu menggunakan isyrat mata, solat melalui hati. Begitu juga dengan orang yang sedang dalam keadaan bermusafir.



Jika dilihat pada situasi begini, sudah terang lagi bersuluh bahawa Islam itu merupakan agama yang mudah. Benar, tidak dinafikan. Malah, apabila menyentuh mengenai aurat, menutup aurat. Ada muslimat yang berpendapat , menutup aurat satu perkara yang senang. malah, ada juga yang berpendapat menutup aurat satu perkara yang sukar. Tanggapan seperti ini malah tidak asing lagi buat kita. tatkala ditanya kenapa tidak menutup aurat, "hidayah tidak sampai", "panas" , "walaupun tidak pakai tudung, tapi solat I , I tak tinggal". Walhal, terang tang tang di dalam Kitabullah Berdasarkan Surah AnNur ayat 31. Hadis sahih juga ada membicarakan tentang aurat. jadi atas alasan yang mana lagi hendak kamu dustakan? [Berhenti sampai di sini dahulu mengenai aurat. kerana, InsyaAllah kita akan bertemu di post akan datang untuk mengupas lebih terperinci mengenai mahkota seorang wanita ini, ya? InsyaAllah.]



Diulang lagi, benar.. Islam itu mudah. tapi tidak boleh dipermudahkan. Sebenarnya, kita kita boleh ambil mudah dan berpandangan enteng terhadap perkataan 'mudah' itu. Takut kelak, memakan diri sendiri. Kerana itu, ilmu dangat penting dalam konteks ini. Walau macam mana kesukaran datang sekalipun, sekiranya ilmu itu ada, jangan risau, ilmu itu akan menjadi pemimpin serta penyuluh ke jalan yang benar.  



Bukankah lebih baik , kita mengantikan pekataan "mudah" itu dengan "indah", "syumuliah" yang bermaksud lengkap dan menyeluruh. Tiada agama yang lebih lengkap daripada Islam. Malah, harus diingatkan bahawa Islam bukan sahaja terletak sebagai agama, Islam juga merupakan cara hidup bagi seorang muslim dalam setiap aspek. Dari sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara. Analogi yang biasa digunakan "ibarat rumah tanpa atap." "ibarat rumah tanpa bumbung" masin-masing memerlukan antara satu sama lain untuk menghubungkan perkataan 'lengkap' itu sendiri.


Kesimpulannya,
Ilmu pengetahuan memainkan peranan yang amat amat amat penting dalam kehidupan. Dialah penyuluh, dialah pemimpin, dialah tali yang akan menyelamatkan kita. Akhir sekali, boleh kan selepas ini kita gantikan perkataan mudah dengan perkataan indah dan syumuliah. Perkataan-perkataan itu malah sebenarnya lebih tepat untuk digunakan. Lebih-lebih lagi ketika berhujah dengan orang yang jahil. Islam itu indah dan menjadikan hidup lebih bermakna. alaisakazalik?

 Segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang buruk juga datangnya dari Allah tapi disandarkan atas diri saya sendiri. Wallahu'alam.

Hadiahkan tetamu sehelai nan kain
Cantik disulam dipakai puteri
Moga bertemu di entry yang lain
Ucapan salam saya akhiri,


Farihah Amirah Binti Ahmad Faiz
Pelajar Ekonomi Dan Perbankan Islam
IKIP

Jika Engkau Katakan Cinta, Maka Buktikan!


Benar, betapa perlunya kita mencintai Allah S.W.T. Tetapi adakah kita faham dan jelas sama ada kita telah pun mencintaiAllah S.W.T ataupun ‘ OTW ’ nak bercinta ataupun belum? Kalaupun sudah, maka apa buktinya kita mencintai AllahS.W.T ?
Jom! Kita check-list diri kita sejauh mana cinta kita padaNya.


     1. Segera menyahut seruan daripada-Nya.
Bukti cinta, letakkanlah kekasih Agung sebagai prioriti. Letakkanlah keinginan kita sama dengan keinginan kekasih.Tatkala Allah s.w.t ingin berjumpa kita, tunjukkanlah kita juga ingin berjumpa denganNya.

Daripada Jundub bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAWbersabda, “Sesiapa yang bersolat subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian) Allah dengan itu janganlah sampai Allahmenuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan (perjanjian).(Jangan sampai kamu meninggalkan solat subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku),kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka”. 
(Hadis Riwayat Muslim)

2. Memberi perhatian pada kalam dan pesanan daripadaAllah.

Suatu malam, Rasulullah s.a.w melalui rumah Abu Musa al-Asyari yang sedang membaca al-Quran dalam solat malam. Rasulullah s.a.w terus terpegun dan menangis. (riwayatBukhari dan Muslim)

Suatu saat Abu Musa al-Asyari datang kepada Umar. Umar lalu berkata: “ingatkan kami kepada tuhan kami”. Lalu al-Quran dibacakan sehingga Umar menangis.

Jika benar kita cintakan Allah, cintailah juga kalamNya. Biar Al-Quran menjadi perbualan harian dan mimpi malam kita.

3. Mengagumi dan teruja pada ciptaan Al-Khaliq

Lihatlah pesona alam yang mengijau, gumpalan awan yang memukau, gelora laut yang membiru dan kehidupan yang penuh ranjau. Semuanya membuktikan bahawa Allah s.w.t Yang Maha Agung, Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan Penyayang.
‘Maka apa lagi nikmat Allah yang ingin engkau dustakan’.


4. Malu-malu
 saat bercinta dengan-Nya.
Saat solat itu adalah saat kita bertemu dan berkhalwat denganAllah s.w.t. Jika benar kita cinta akan Allah s.w.t buktikan dengan menjaga pandangan ketika solat. Tatkala berdiri mesti berdiri dengan tegap, menundukkan kepala dan khusyuk ke tempat sujud.
Hakikatnya, Allah bukan shaja memandang kita ketika solat,bahkan setiap saat. Sama-samalah kita menjaga rasa malu pada-Nya sebagai bukti cinta akan-Nya.

5. Sentiasa menyebut-nyebut nama-Nya.

Tingkatan zikir menurut Ibn Qayyim al-Jawziyah

- Berzikir dengan lidah dan hati yang kedua-duanya merasai. Hati akan lebih lagi menikmati.

- Berzikir dengan lidah dan hati tetapi kedua-duanya tidakmerasai.

- Berzikir dengan hati sahaja, sekadar ingat bukan merasai.

- Berzikir lidah sahaja, hatinya lalai.

Sama ada zikir kita pada tingkat pertama ataupun keempat, Allah s.w.t tidak akan mensia-siakan setiap zikir hamba-Nya melainkan diberikan pahala. Begitulah Allah s.w.t menghargai setiap ingatan kita pada-Nya. Namun adakah kita juga menghargai Dia? 

        6. Bersabar dengan setiap ujian Allah
Lumrah orang bercinta pasti aka nada ujian. Ujian itu pasti bagi mengetahui sedalam mana cinta kita pada seseorang. Ingatlah, hari ini Allah s.w.t sengaja menguji kita untuk mengenali dan membuktikan siapa hamba-Nya yang lebih mencintai Dia.

7. Cemburu

Ya, cemburu dan cinta tidak dapat dipisahkan. Tanda cinta kepada Allah ialah kita akan cemburu apabila ada orang yang lebih mencintai Kekasih kita sehingga Kekasih kita juga lebih cinta kepadanya. Syukur, ia sebenarnya cemburu yang positif,bukan cemburu yang menjadi fitnah.
Cemburulah kepada orang yang lebih berilmu, ulama dan orang yang lebih beramal. Bukan sekadar cemburu tetapi berusaha untuk mencontohi mereka.

8. Perasaan Luar Biasa saat menjalinkan hubungan dengan Allah (khusyuk).

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud “ sungguh, orang yang beriman ialah apabila disebut nama Allah, akan gementar hati mereka, apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka kerana-Nya, dan hanya kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakkal”. (surah al-anfal 8:2)


9. Tiada istilah penat dalam meraih reda dan cinta Allah.

Bersungguhnya kita mencintai seseorang ialah apabila kita sanggup meneruskan perjuangan demi mencapai cintanya.Begitu juga, bukti kita mencintai Allah ialah apabila kita sanggup melakukan apa sahaja demi menggapai reda Allahs.w.t. Tiga keadaan pencinta menurut Ibn Qayyim al-Jawziyah iaitu:
- berat hati untuk mencintai, namun dia memaksakan diri
- cinta makin bertaut dan dia patuh
- cinta menetap di hati dan dia sanggup mengorbankan apa sahaja.

Persoalannya, dimanakah tahap cinta kita kepada Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim ? Walau apa pun tahap dan tingkatannya ayuh segera buktikan cinta kita kepada ALLAH S.W.T. 

Jom islah diri!



Penulis : Muhammad Hafizuddin Bin Abu Bakar
          Pelajar SMK Abdul Rahman Talib, Aliran Sains Tulen Agama
          SPM 2013

Friday, April 4, 2014

Allah Sentiasa di Sisi

Assalamualaikum.

Hari-hari banyak dugaan Allah anugerah dekat kita. Kadang-kadang dugaan itu nampak mudah, tapi sebenarnya berat untuk orang yang menerimanya.
      

Contoh dugaan sebagai pelajar sekolah;
     Masalah dengan rakan-rakan. Normallah berlaku perselisihan faham antara rakan, masalah kepercayaan, ataupun pergaduhan tentang benda-benda kecil.
Nampak saja ringan, tapi mungkin Allah telah buat ia berat untuk orang yang menanggungnya. Mungkin sebab rakan itu rakan karib, sahabat perjuangan.

Ataupun dugaan sebagai seorang anak;
Kita rasa macam ibu dan bapa tak memahami, tak faham kehendak kita. Selalu mengarah-arah, sampai tergugat iman rasa nak berbalas kata dengan mereka. Sedangkan Islam menyuruh anak-anak agar sentiasa taat ibu bapa dan jaga hati mereka.
Mungkin nampak mudah, tapi takkah berat ujian itu?
Dikala kita cuba menjadi anak yang baik Allah datangkan ujian yang boleh gugat iman?

Sebenarnya, ada hikmah setiap dugaan Allah bagi.
Jika setiap kali lepas solat kita doa 'ya Allah, kuatkanlah hati aku, cekalkanlah aku' maka Allah turunkan ujian dan dugaan untuk kuatkan kita.
Kan setiap pelajaran ada ujian?

Begitulah juga dengan iman.

Atau mungkin juga kita telah lalai dalam suatu benda sampai lupa kepada Allah, lalu Allah turunkan ujian supaya kita kembali kepadaNya. 
Sweet kan?

Allah terlalu sayang dekat kita sampai tak nak kita jauh dari Dia.
    

Jadi, kalau rasa ujian Allah bagi terlalu berat, sampai rasa tak sanggup nak hadapi lagi, bercucuran air mata menahan pedih, rasa macam boleh menggugat iman, ingatlah

Yakin bahawa Allah sentiasa di sisi.

Mengadu kepada yang memberi ujian lebih baik dari mengadu kepada Penciptanya, insyaAllah.

         "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam Islam       (dalam keadaan bulat-bulat kepada-Mu)" -Surah Al-Araf 126



Allahuakbar, moga-moga dapat tulisan ini dapat memberi manfaat :)


Penulis : Nur Kamilia Binti Mahayudin
          Pelajar SMK Abdul Rahman Talib, Aliran Sains Tulen Agama
          SPM 2013