Friday, April 4, 2014

Allah Sentiasa di Sisi

Assalamualaikum.

Hari-hari banyak dugaan Allah anugerah dekat kita. Kadang-kadang dugaan itu nampak mudah, tapi sebenarnya berat untuk orang yang menerimanya.
      

Contoh dugaan sebagai pelajar sekolah;
     Masalah dengan rakan-rakan. Normallah berlaku perselisihan faham antara rakan, masalah kepercayaan, ataupun pergaduhan tentang benda-benda kecil.
Nampak saja ringan, tapi mungkin Allah telah buat ia berat untuk orang yang menanggungnya. Mungkin sebab rakan itu rakan karib, sahabat perjuangan.

Ataupun dugaan sebagai seorang anak;
Kita rasa macam ibu dan bapa tak memahami, tak faham kehendak kita. Selalu mengarah-arah, sampai tergugat iman rasa nak berbalas kata dengan mereka. Sedangkan Islam menyuruh anak-anak agar sentiasa taat ibu bapa dan jaga hati mereka.
Mungkin nampak mudah, tapi takkah berat ujian itu?
Dikala kita cuba menjadi anak yang baik Allah datangkan ujian yang boleh gugat iman?

Sebenarnya, ada hikmah setiap dugaan Allah bagi.
Jika setiap kali lepas solat kita doa 'ya Allah, kuatkanlah hati aku, cekalkanlah aku' maka Allah turunkan ujian dan dugaan untuk kuatkan kita.
Kan setiap pelajaran ada ujian?

Begitulah juga dengan iman.

Atau mungkin juga kita telah lalai dalam suatu benda sampai lupa kepada Allah, lalu Allah turunkan ujian supaya kita kembali kepadaNya. 
Sweet kan?

Allah terlalu sayang dekat kita sampai tak nak kita jauh dari Dia.
    

Jadi, kalau rasa ujian Allah bagi terlalu berat, sampai rasa tak sanggup nak hadapi lagi, bercucuran air mata menahan pedih, rasa macam boleh menggugat iman, ingatlah

Yakin bahawa Allah sentiasa di sisi.

Mengadu kepada yang memberi ujian lebih baik dari mengadu kepada Penciptanya, insyaAllah.

         "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam Islam       (dalam keadaan bulat-bulat kepada-Mu)" -Surah Al-Araf 126



Allahuakbar, moga-moga dapat tulisan ini dapat memberi manfaat :)


Penulis : Nur Kamilia Binti Mahayudin
          Pelajar SMK Abdul Rahman Talib, Aliran Sains Tulen Agama
          SPM 2013

No comments:

Post a Comment