Wednesday, April 9, 2014

[PERBINCANGAN] Adakah Islam itu mudah?




Buah Ketum di tepi pekan
Bersama pembela membawa nan kekwa
Assalammualaikum itu yang dimulakan,
Perbincangan bermula buat semua.

Assalammualaikum.

Kita acapkali mendengar kata-kata seperti "Islam itu Mudah". "Islam agama yang mudah diikuti dan dianuti." dan banyak lagi versi yang menunjukkan kemudahan dalam Islam. Tapi, sayangnya, perkataan 'mudah' itu seolah-olah menjadi satu "peluang" untuk mereka meruntuhkan tiang agama mereka sendiri sehingga disalagunakan oleh orang islam , yakni muslimin yang tidak bertanggungjawab. Apabila membuat dosa, mereka mula memberi alasan yang jelas sekali tidak munasabah ; "Islam itu kan mudah." "Islam ada rukhsah." . Dan Islam juga yang dipersalahkan.


Jadi, persoalannya kini, adakah Islam itu mudah untuk diadaptasi di dalam kehidupan?





Sahabat, benar. Islam itu mudah. Sesungguhnya Islam sememangnya agama yang mudah. Mudah diamal. Mudah dilaksanakan tanpa mengira waktu, tempat dan keadaan. TAPI!! DENGAN BERSYARAT. KENAPA ISLAM BOLEH MENJADI MUDAH. [akan dihuraikan selepas ini. usah terburu-buru]


Akan tetapi, perkataan mudah itu kian dipermainkan. Mempermainkan hukum-hakam Allah demi keinginan sendiri. Malah, ada juga yang mmpunyai pemikiran 'syadid' sehingga menampakkan islam itu kelihatan berat, sukar dan payah padahal ia mudah.


Benar..Islam itu mudah. Tapi mudahnya Islam bagi orang yang mempunyai ILMU PENGETAHUAN. sekali lagi dulang, Ilmu pengetahuan. Katakanlah, kita tukarkan ilmu agama kepada ilmu matematik. perumpaamaan yang paling senang. Sekiranya kamu ada ilmu soalan seperti 1+1 , kamu akan dapat jawab dengan MUDAH. namun, bagaimana bagi mereka yang tidak mempunyai ilmu matematik? barangkali 1+1 , mereka menganggap susah. Itu pentingnya ilmu bagi menampakkan semua sisi dalam Islam. Bukan sahaja sisi hadapan, malah belakang, tepi , atas dan juga bawah. 




Sebagai contoh yang paling mudah. Rukhsah yang telah Allah tetapkan, yakni bagi mereka yang tidak mampu solat secara berdiri, boleh duduk, jika tidak mampu duduk, boleh berbaring, jika tidak mampu berbaring,solat mengiring, jika tidak mampu mengiring, solat menggunakan isyarat mata, jika tidak mampu menggunakan isyrat mata, solat melalui hati. Begitu juga dengan orang yang sedang dalam keadaan bermusafir.



Jika dilihat pada situasi begini, sudah terang lagi bersuluh bahawa Islam itu merupakan agama yang mudah. Benar, tidak dinafikan. Malah, apabila menyentuh mengenai aurat, menutup aurat. Ada muslimat yang berpendapat , menutup aurat satu perkara yang senang. malah, ada juga yang berpendapat menutup aurat satu perkara yang sukar. Tanggapan seperti ini malah tidak asing lagi buat kita. tatkala ditanya kenapa tidak menutup aurat, "hidayah tidak sampai", "panas" , "walaupun tidak pakai tudung, tapi solat I , I tak tinggal". Walhal, terang tang tang di dalam Kitabullah Berdasarkan Surah AnNur ayat 31. Hadis sahih juga ada membicarakan tentang aurat. jadi atas alasan yang mana lagi hendak kamu dustakan? [Berhenti sampai di sini dahulu mengenai aurat. kerana, InsyaAllah kita akan bertemu di post akan datang untuk mengupas lebih terperinci mengenai mahkota seorang wanita ini, ya? InsyaAllah.]



Diulang lagi, benar.. Islam itu mudah. tapi tidak boleh dipermudahkan. Sebenarnya, kita kita boleh ambil mudah dan berpandangan enteng terhadap perkataan 'mudah' itu. Takut kelak, memakan diri sendiri. Kerana itu, ilmu dangat penting dalam konteks ini. Walau macam mana kesukaran datang sekalipun, sekiranya ilmu itu ada, jangan risau, ilmu itu akan menjadi pemimpin serta penyuluh ke jalan yang benar.  



Bukankah lebih baik , kita mengantikan pekataan "mudah" itu dengan "indah", "syumuliah" yang bermaksud lengkap dan menyeluruh. Tiada agama yang lebih lengkap daripada Islam. Malah, harus diingatkan bahawa Islam bukan sahaja terletak sebagai agama, Islam juga merupakan cara hidup bagi seorang muslim dalam setiap aspek. Dari sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara. Analogi yang biasa digunakan "ibarat rumah tanpa atap." "ibarat rumah tanpa bumbung" masin-masing memerlukan antara satu sama lain untuk menghubungkan perkataan 'lengkap' itu sendiri.


Kesimpulannya,
Ilmu pengetahuan memainkan peranan yang amat amat amat penting dalam kehidupan. Dialah penyuluh, dialah pemimpin, dialah tali yang akan menyelamatkan kita. Akhir sekali, boleh kan selepas ini kita gantikan perkataan mudah dengan perkataan indah dan syumuliah. Perkataan-perkataan itu malah sebenarnya lebih tepat untuk digunakan. Lebih-lebih lagi ketika berhujah dengan orang yang jahil. Islam itu indah dan menjadikan hidup lebih bermakna. alaisakazalik?

 Segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang buruk juga datangnya dari Allah tapi disandarkan atas diri saya sendiri. Wallahu'alam.

Hadiahkan tetamu sehelai nan kain
Cantik disulam dipakai puteri
Moga bertemu di entry yang lain
Ucapan salam saya akhiri,


Farihah Amirah Binti Ahmad Faiz
Pelajar Ekonomi Dan Perbankan Islam
IKIP

No comments:

Post a Comment